FAQ

1) Apakah kesan selepas mengambil Garam Buluh KLS?
Semasa menggunakan produk Garam buluh KLS, mungkin adanya kesan & tindak balas akan berlaku seperti berikut :


2) Apakah perbezaan garam Biasa,Garam Gunung & Garam Buluh KLS?
 
Bagaimana garam biasa di proses?
Garam biasa yang di jual di pasaran pada hari ini sebahagian besarnya adalah yang di buat di Negara Thailand.
Cara pemerosesan garam biasa adalah di sedut air laut dan di masukan kedalam satu tempat yang menyerupai petak sawah. Di sebabkan di negera tersebut iklimnya panas jikalau air laut itu di biarkan di tempat tadi dalam masa yang singkat ia tidak beku-beku. Untuk mempercepatkan proses pembekuan maka pengusaha garam memasukan bahan pembeku yang biasanya di panggil soda, bahan tersebut adalah merupakan bahan kimia. Oleh kerana air laut di Negara tersebut sangat tercemar bila ia beku garam tersebut berwarna perang. Untuk menampakan garam tersebut berwarna putih bersih maka pengusaha garam menghantar kekilang untuk proses selanjutnya.
Pihak kilang akan memasukan bahan pemutih iaitu klorin sebagai untuk menjadikan garam yang perang tadi menjadi putih bersih. Dengan itu garam biasa mengandungi dua bahan kimia iaitu bahan pembeku (soda) dan bahan pemutih (klorin) Dua bahan kimia tersebutlah yang menyebabkan masalah darah tinggi, masalah buah pinggang dan angin ahmar.
 
Apa bezanya dengan garam gunung? Pada zaman dahulu garam gunung adalah garam yang begitu bersih dan banyak khasiatnya. Tetapi di sebabkan manusia tidak menjaga alam semula jadi dengan baik maka udara pada hari ini begitu tercemar yang mana banyak mengandungi redikal bebas. Dengan itu air hujan yang menimpa gunung dalam tempuh yang lama menyebabkan garam gunung pada hari ini adalah berasid. Walau bagai manapun untuk di buat masakan garam gunung lebih baik berbanding garam biasa kerana ia bahan semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia. Tetapi untuk sebagai membantu merawat pelbagai masalah kesihatan garam gunung tidak berkesan kerana ia sendiri juga berasid.
 
Kelebihan garam buluh KLS” Ia 100% dari bahan semula jadi, Anti oksida, Bersifat alkali, Mengandungi 70 hingga 80 jenis zat galian atau mineral ia member lebih tenaga pada tubuh badan kita. Mempunyai tahap pH10.44 dan mempunyai tenaga BIO mampu menyahkan kesan radiasi dari menonton Tv, mengadap computer, menggunakan talipon bimbit ia juga mampu menyahkan kesan narkotin pada rokok.
Ia satu-satunya makanan kesihatan yang berupa makanan harian sesuai untuk masakan, minuman dan boleh di jadikan pencecah buah-buahan untuk menambah kelazatan. Ia mampu mengalkalikan badan kita dan beruapaya meneutralkan asid dari makanan dan minuman yang kita ambil seharian berulang-ulang kali.

3) HUBUNGAN PENGAMBILAN GARAM DAN TEKANAN DARAH TINGGI

Semenjak tekanan darah tinggi dan pengambilan garam dikaitkan secara serius, kebanyakkan negara-negara diseluruh dunia telah menggantikan tabiat pemakanan dengan mengurangkan garam.

Adakah fakta dan cara ini benar ?

Pakar dalam bidang tekanan darah dan jantung dari Jepun memberikan pendapat berdasarkan kajian beliau iaitu 100 orang yang mengurangkan pengambilan garam demi menurunkan tekanan darah hanya 2-3 orang sahaja yang berjaya. Bakinya adalah penghidap penyakit tekanan darah tinggi yang tidak bergantung dengan garam.

Hasil daripada pengurangan pengambilan garam hanya membawa penurunan sebanyak 1-2 µm daripada 100 µm tekanan darah. Paksaan terhadap penurunan tekanan darah hanya akan membawa kesan yang lebih buruk.

Formula [ Penghidap Tekanan Darah Tinggi = Kurangkan pengambilan garam ] adalah keputusan hasil daripada ujikaji yang dijalakan terhadap tikus. Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar dari Amerika.

Beliau telah memberikan 20g – 30g garam kepada 10 ekor tikus dengan melarutkan garam dalam air minuman berkepekatan 0.01%. Selepas 6 bulan, didapati 4 ekor tikus telah dijangkiti tekanan darah tinggi.

Keputusan daripada ujikaji ini telah mempengaruhi kajian seterusnya. Seorang pakar telah menjalankan ujikaji berkaitan hubungan antara kuantiti pengambilan garam dan bilangan penduduk yang menjangkiti tekanan darah tinggi di Jepun. Beliau telah mendapat keputusan bahawa [ kuantiti pengambilan banyak = tekanan darah tinggi ].

Akan tetapi, mereka tidak memberikan penilaian terhadap bilangan tikus yang dijangkiti tekanan darah tinggi, ianya adalah kurang daripada setengah. Walaupun tikus-tikus tersebut diberikan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan garam yang tinggi namun ianya tidak menjadikan kesemua tikus menghidapi tekanan darah tinggi. Kesimpulannya ialah, majoriti penghidap penyakit tekanan darah tinggi adalah terdiri daripada golongan yang mewarisinya melalui keturunan.

Terapi Mengurangkan Garam

Tekanan darah dibahagikan kepada 2 jenis, Pertama diwarisi daripada keturunan dan kedua, daripada masalah buah pinggang, perubahan hormon atau kegemukan.

90 % daripada pesakit tekanan darah tinggi adalah daripada golongan yang pertama. Ianya tidak boleh diturunkan atau disembuhkan dengan mengurangkan pengambilan garam.

10 % lagi adalah daripada golongan kedua. Bagi golongan ini, pengurangan pengambilan garam memberikan kesan buat mereka.

Garam buatan tidak mengandungi kalium yang dapat mengawal tekanan darah tinggi berbanding garam buluh selain kaya dengan dengan berbagai mineral yang lain.

Mari kita bincangkan sedikit tentang keburukan mengurangkan pengambilan garam.

Garam merupakan mineral yang amat penting dalam mengekalkan tenaga untuk badan, kita perlu mengawal kandungan garam dalam badan kita.

Kekurangan garam akan memberikan masalah pada badan. Manusia terbentuk daripada sel. Untuk membolehkan sel berfungsi secara optimum, vitamin dan garam diperlukan.

2 tanda kekurangan garam adalah :

      1. Kekurangan tenaga.
      2. Lemah
      3. Keletihan

mengurangkan pengambilan garam akan menjadikan kita sentiasa berasa keletihan dan mengantuk. Apabila ianya semakin serius, kita akan berasa kebas seluruh badan.

Kesimpulan daripada pengurangan pengambilan garam untuk merawat atau mencegah darah tinggi akan membawa kesan sebaliknya. Kita mungkin membahayakan kesihatan kita dan keluarga.

Ini disebabkan garam merupakan komponen utama dalam badan kita. Seorang askar Filipina tidak makan dan minum selama beberapa hari telah sampai ke pinggir sebuah pantai. Apa yang dia lakukan ? Berenang ? Menangkap ikan ? Atau mencari rumpai laut untuk dimakan ?

Sebenarnya dia minum air laut sehingga kenyang. Keadaan ini sukar untuk digambarkan. Kita pernah terminum air laut dan rasanya amat masin. Tetapi bagi mereka yang kelaparan dan kehausan, air laut merupakan makanan dan minuman yang cukup enak !

Ini kerana air laut mengandungi garam dan mineral yang diperlukan oleh badan.

Nasihat kami, hentikan pengambilan garam buatan yang murah tetapi mendedahkan kita kepada pelbagai risiko kesihatan, bertukarlah kepada Garam buluh KLS, kerana ianya adalah garam sebenar yang badan perlukan, dan ianya juga adalah titik permulaan kepada penjagaan kesihatan secara keseluruhan.